Dasar 1Murid 1Sukan (1M 1S) mewajibkan setiap murid menyertai sekurangkurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang memberikan tumpuan ke arah melahirkan
insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
Dasar ini selaras dengan Dasar Sukan Negara yang memberikan penekanan
kepada Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan. Matlamat dasar
ini memberikan perhatian yang utama kepada murid yang kurang aktif supaya
mereka melibatkan diri dalam aktiviti sukan. Pada masa yang sama, bakat murid
yang berpotensi akan digilap dan dibangunkan melalui program Sukan Prestasi
Tinggi Sekolah (SPTS).
Bidang sukan sangat penting dalam mengoptimumkan keupayaan fizikal murid
selaras dengan ungkapan minda yang cerdas terletak pada tubuh yang sihat. Dalam
konteks ini, bidang sukan memainkan peranan yang penting bagi melahirkan
insan yang sihat, cergas dan produktif agar dapat memberikan sumbangan kepada
kesejahteraan sosial serta pembangunan ekonomi negara. Justeru, pelbagai
aktiviti sukan diperkenalkan bagi menarik minat murid agar mengamalkan gaya
hidup sihat dan aktif.
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melaksanakan Dasar 1Murid 1Sukan agar
setiap murid menikmati manfaat bersukan dengan harapan dapat membentuk
generasi yang membudayakan sukan seiring dengan keperluan akademik.
RASIONAL
Dasar 1Murid 1Sukan mendokong Dasar Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk
Kecemerlangan. Dasar ini menitikberatkan penglibatan semua murid dalam
pelbagai aktiviti sukan. Dasar ini dibentuk atas rasional kegiatan sukan adalah
sebahagian daripada transformasi pendidikan yang diusahakan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM). Sukan seharusnya mendapat pengiktirafan, sokongan
dan galakan yang sama sebagaimana juga yang diberikan kepada keperluan asas
yang lain seperti akademik dan kegiatan kokurikulum supaya dapat melahirkan
murid yang seimbang dari segi kesejahteraan minda dan jasmani.
Dasar ini juga menyumbang kepada penggalakan pertandingan yang sihat,
semangat muhibah, kesefahaman, toleransi dan meningkatkan nilai moral dan
fizikal yang memberikan satu landasan yang betul dalam mengintegrasikan
pelbagai kumpulan etnik kepada satu bangsa yang bersatu padu serta memupuk
semangat cinta akan negara.
Dasar 1Murid 1Sukan dapat memberikan peluang secara menyeluruh kepada
semua murid melibatkan diri dalam sukan secara lebih terurus dan terancang serta
mengimbangkan fokus atau penekanan dalam melahirkan insan secara holistik.
MATLAMAT
Dalam jangka masa yang panjang, dasar ini berhasrat untuk melahirkan modal
insan yang sihat dan cergas melalui penyertaan yang menyeluruh dalam kalangan
murid melalui kegiatan sukan sepanjang tahun. Pelaksanaan dasar ini akan
membantu bagi mengatasi masalah disiplin dan mengurangkan masalah obesiti
dalam kalangan murid.
Membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh dalam
kalangan murid melalui kegiatan sukan sepanjang tahun serta memupuk budaya
bersukan dalam kalangan murid sekolah agar menjadi ahli masyarakat yang
mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas.
KONSEP
Dasar 1Murid 1Sukan ialah program pembangunan sukan di sekolah yang
mewajibkan setiap murid dari Tahap 2 di sekolah rendah hingga ke Tingkatan 6
di sekolah menengah mengikuti sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan yang
dikendalikan secara terancang dan sistematik. Dasar 1Murid 1Sukan berteraskan
prinsip-prinsip asas perkembangan fizikal Murid. Justeru, Dasar 1Murid 1Sukan
diwujudkan untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan agar;
i. memberikan akses kepada semua murid untuk mendapatkan faedah daripada
penglibatan dalam sukan khususnya kepada murid yang kurang aktif atau
tidak aktif;
ii. membangunkan program sukan sekolah ke arah meningkatkan penyertaan
murid sekurang-kurangnya dalam satu jenis sukan di sekolah;
iii. memberikan peluang kepada semua murid yang berbakat dan berpotensi
dalam sukan untuk digilap ke tahap yang lebih tinggi; ....Sila klik link Buku Panduan Pelaksanaan Dasar 1M1S
Pelaksanaan Program / Aktiviti 1Murid 1Sukan Tahun 2024 - 2025
JK 1Murid 1Sukan Tahun 2024 - 2025
Aktiviti Sepanjang Tahun 2024
Sukan Bola Sepak
Program Pembangunan Bakat Murid
Perlawanan Akhir SK Lahad Datu III VS SK Lahad Datu II
Photo by : Safiqul Asraf
Photo by : Syafikul Asraf
Karnival Sukan Dan Permainan
Kejohanan Sukan Olahraga
Sukan Catur
Sukan Silat
Kejohanan Olahraga
Sukan Bola Sepak
Sukan Bola Baling
Sukan Silat
Sukan Ping Pong
Sukan Sepak Takraw
Sukan Bola Jaring
Suku Akhir SK Lahad Datu III VS Sahabat 16 SK Lahad Datu III VS SK Silam
Perlawanan Akhir SK Lahad Datu III VS SK Pekan Lahad Datu
Sukan Bola Sepak
Team Bola Sepak SK Lahad Datu III Menduduki Tempat ke-2
Aktiviti Senamrobik @ Senamsihat
-----------------------------------
Pelaksanaan Program / Aktiviti 1Murid 1Sukan Tahun 2023 - 2024
Jawatankuasa Pengurusan 1Murid 1Sukan Tahun 2023 - 2024
Informasi Pelaksanaan 1Murid 1Sukan Tahun 2023 SK Lahad Datu III
KEJOHANAN CATUR MSS BAWAH 12 TAHUN
PERINGKAT MSS NEGERI SABAH TAHUN 2023
15 - 17 OGOS 2023 / RANAU
Kejohanan catur merupakan salah satu acara sukan di bawah Majlis Sukan Sekolah-Sekolah yang dianjurkan di peringkat daerah, negeri mahupun kebangsaan. Kejohanan catur yang berlangsung di peringkat daerah merupakan sebahagian daripada peringkat pelaksanaan untuk memilih pemain-pemain catur bawah 12,15 dan 18 tahun bagi mewakili daerah ke peringkat negeri dan kebangsaan.
Selaras dengan pelaksanaan kejohanan yang diadakan di peringkat daerah, SK Lahad Datu III telah berjaya menghantar empat orang pemain catur dan terpilih bagi mewakili daerah ke peringkat negeri kategori bahawh 12 Tahun yang akan diadakan di Ranau Sabah.
Peserta@pemain catur SK Lahad Datu III yang terpilih adalah adik Evan Chris Madris, adik Mohd.Adi Sufyan, adik Adila Rossalis dan adik Rayfal Faaik Uwais.
Di antara objktif utama kejohanan catur diadakan adalah untuk mempertingkatkan lagi pengetahuan dan kemahiran murid-murid berhubung dengan permainan catur; memilih wakil atau pemainan catur ke peringkat daerah, negeri mahupun kebangsaan; dan membina jati diri dan sahsiah di kalangan murid.
Adalah diharapkan semoga team catur sekolah berjaya dalam kejohanan tersebut dan seterusnya mara ke peringkat yang lebih tinggi.
Sumber Photo - Cikgu Anas Arsad
Dr.Rosdah Herawaty Hamid Guru Besar SK Lahad Datu III & Barisan PK
Bersama Team Catur Sekolah
(Wakil Daerah Ke Peringkat Negeri)
Keberangkatan Team Catur Daerah Lahad Datu
Ke Kejohanan Catur MSS Sabah 2023 Di Ranau
Sumber Photo - Cikgu Zulaika
Team Catur SK Lahad Datu III
Menjalani Latihan Pusat Di SK Sepagaya
Sebelum Berlepas Ke Ranau
KEJOHANAN OLAHRAGA MSSDLD KALI KE-15
TAHUN 2023
24 - 28 JULAI 2023 /
KOMPLEKS SUKAN LAHAD DATU
Majlis Perasmian Penutupan
Kejohanan Olahraga MSS Daerah Lahad Datu Tahun 2023
Dr.Rosdah Herawaty Hamid Guru Besar SK Lahad Datu III
Bersama Barisan Guru-Guru Besar@Pengetua Yang Hadir Majlis Perasmian Penutupan
Sumber Photo - Henry Rahman
Sumber Photo - Admin
Cikgu Jelinah Dan Cikgu Syaheera Pengadil Acara Lumba Jalan Kaki
Sebahagian Para Peserta SK Lahad Datu III
Rakaman Video Acara Separuh Akhir OlahragaL/P 12 Tahun
80M L12 Lari Berpagar 80M P12 Lari berpagar
4 X 100M L12 4 X 100M P12
Rakaman VideoAcara Akhir Olahraga L/P 12 Tahun
80M L12 Lari Berpagar 80M P12 Lari berpagar
100M L12 100M P12
200M L12 200M P12
4 X 200M L12 4 X 200M P12
Pasukan Olaharaga SK Lahad Datu III Yang Mengambil Bahagian
KEJOHANAN MEMANAH MSS SABAH TAHUN 2023
24 - 28 JULAI 2023 / PADANG SASAR SK SEPAGAYA LAHAD DATU
Pasukan Daerah Lahad Datu Dalam Kategori Team Memanah MSS Sabah 2023
Adik Nur Qairen Khairunnisa Membuat Panahan
Disusuli Oleh Adik Nursat Noorham
Cikgu Henry Rahman Selaku Pengurus Pasukan Memanah SK Lahad Datu III
Cikgu Nurul Syaherra Bersama Pasukan Memanah Daerah Lahad Datu
Team Lahad Datu (SK Lahad Datu III + SK Sepagaya)
Dalam Acara Akhir Kategori Team Kejohanan Memanah MSS Sabah Tahun 2023
Sumber Rakaman - Nusaibah Kamarulzaman
Sebahagian Rakaman Kejohanan Memanah MSS Sabah Tahun 2023
Rakaman 'Team Matches' Akhir
Kejohanan Memanah MSS Sabah 2023
Pasukan Lahad Datu Menjadi Johan
Kategori Team Memanah MSS Sabah 2023
AJK Photografi@Rakaman ,Pengadil, & Pengurus Pasukan SK Lahad Datu III
Penglibatan Anjuran Luar Sukan Catur
PERTANDINGAN CATUR TERBUKA LAHAD DATU
PIALA PUSINGAN KETUA BAHAGIAN GRS SILAM
22 JULAI 2023 / LAHAD DATU
Lahad Datu, 22 Julai - telah berlangsung Pertandingan Catur Terbuka Lahad Datu Pila Pusingan Ketua Bahagian GRS Silam dekat sini hari ini. Pertandingan tersebut telah disertai oleh pemain-pemain catur sekitar daerah Lahad Datu.
Kelab Catur SK Lahad Datu III telah menghantar satu pasukan yang terdiri daripada Muhamad Adi Sufyan, Evan Chris, Zetty Adila, dan Khidir Halim. Cikgu Anas Arshad selaku Pengerusi Kelab Catur SK Lahad Datu III telah mengiringi pasukan catur sekolah.
Dalam Pertandingan tersebut adik Muhamad Adi Sufyan telah mendapat tempat ke-2 dan membawa pulang medal, sijil dan wang tunai. Sementara itu adik Zetty Adila telah menduduki tempat ke-6 juga telah menerima pulang medal, sijil dan wang tunai.
Ada pun objektif utama Kelab Catur SK Lahad Datu III menyertai pertandingan tersebut adalah untuk memberikan pengalaman dan meningkatkan penguasaan murid-murid dalam permainan catur.Adalah menjadi harapan Kelab Catur SK Lahad Datu III agar lebih ramai lagi murid-murid yang akan meminati sukan catur ini sebagai salah satu jenis sukan yang terkandung dalam Dasar 1Murid 1Sukan.Di samping itu juga adalah diharapkan sukan catur ini akan lebih cemerlang lagi di masa-masa mendatang selaras dengan tujuan penubuhan Kelab Catur di peringkat sekolah.
Sumber Photo - Cikgu Anas, SK Lahad Datu III
Para Peserta Sukan Catur SK Lahad Datu III
Adik Muhamad Adi Sufyan VS Peserta-Peserta Dewasa
Adik Muhamad Adi Sufyan Menerima Hadiah Kemenangan
Tempat Ke-2
Adik Zetty Adila Menerima Hadiah Kemenangan
Tempat Ke-6
KEJOHANAN OLAHRAGA
SK LAHAD DATU III KALI KE-26
17- 18 JULAI 2023 /
KOMPLEKS SUKAN LAHAD DATU
Rakaman Kejohanan Sukan Olahraga SK Lahad Datu III Tahun 2023
Majlis Perasmian Penutupan Kejohanan Sukan Olahraga SK Lahad Datu III 2023
En. Ridwan Dahlan
Penolong Pegawai Pendidikan Sektor Pembangunan Murid PPD Lahad Datu
Memberi Ucapan Dalam Majlis Perasmian Penutupan
Sebahagian Ibu Bapa Yang Hadir
8 Rumah Sukan Yang Bertanding
Persembahan Majlis Perasmian Penutupan Kejohanan
Acara 8 x50M Ibu Bapa@Guru
Rumah Hijau Menjuarai
Kejohanan Sukan Olaharaga SK Lahad Datu III Tahun 2023
JLN.UTAMA SK LAHAD DATU III / PELABUHAN LAHAD DATU
Merentas desa peringkat sekolah merupakan salah satu acara tahunan SK Lahad Datu III yang dirancang dalam kalender tahunan Unit Kokurikulum sekolah. Ianya bertujuan untuk memilih bakat-bakat baru untuk mewakili sekolah ke peringkat yang lebih tinggi sama ada dalam acara Merentas Desa atau Sukan Olahraga.
Selain itu aktiviti merentas desa ini juga mampu membentuk kekuatan fizikal semua pelajar untuk melakukan aktiviti yang lebih mencabar sepanjang sesi persekolahan pada tahun ini. Kejohanan merentas desa peringkat SK Lahad Datu III merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh sekolah setiap tahun. Kejohanan tersebut merupakan indikator bagi menunjukkan program latihan awalan para atlit yang telah terpilih untuk mewakili sekolah
Justru itu, Sekolah Kebangsaan Lahad Datu III telah melaksanakan aktiviti Merentas Desa Tahun 2023 dekat sini hari ini. Ianya telah disertai oleh murid-murid Tahap II lelaki dan perempuan seramai lebih kurang 536 peserta. Pihak polis cawangan trafik telah memberikan kerjasama dan bantuan bagi memastikan perjalanan acara dapat dikawal dan memastikan keselamatan para peserta dapat dijaga.
Aktiviti Merentas Desa Tahun 2023 telah dilaksanakan di jalan utama SK Lahad Datu III - Jalan Pelabuhan Lahad Datu. Sepanjang aktiviti berlangsung tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. Secara keseluruhannya Merentas Desa Tahun 2023 ini telah berjalan dengan lancar seperti mana yang telah dirancang. Ianya hasil kerjasama dan komitmen daripada guru-guru serta anggota-anggota polis cawangan trafik.
Adalah diharapkan Merantas Desa Tahun 2023 Peringkat SK Lahad Datu III yang telah dilaksanakan mampu mencapai objektif dan matlamat yang telah disasarkan
Aktiviti Senamrobik Sebeluam Acara Merentas Desa Dimulakan
Murid-Murid Bersiap Sedia Untuk Acara Merentas Desa
Dr. Rosdah Herawaty Hamid Guru Besar SK Lahad Datu III
Melepaskan Para Peserta Merentas Desa
Susasana Semasa Aktiviti Merentas Desa Berlangsung
Mewakili Guru Besar SK Lahad Datu III Menyampaikan Cenderamata Kepada Wakil Polis Trafik
Rakaman Kejohanan Merentas Desa Tahun 2023 Yang Telah Dijalankan
KEJOHANAN MEMANAH
PERINGKAT MSS DAERAH LAHAD DATU TAHUN 2023
4 - 7 JUN 2023 | PADANG SK LAHAD DATU III
Sukan memanah merupakan salah satu cabang sukan yang boleh diikuti oleh murid-murid. Sukan menabah juga merupakan salah satu jenis sukan dalam pelaksanaan Dasar 1Murid 1Sukan Kementerian Pelajaran Malaysia.
Justru, MSS Daerah Lahad Datu telah menganjurkan Kejohanan Memanah dari 4 Julai hingga 6 Julai 2023 dekat sini hari ini. Kejohanan Memanah MSS Daerah Lahad Datu telah diadakan di padang sekolah SK Sepagaya Lahad Datu. Dalam kejohanan tersebut kategori bawah 10,12,15 dan 18 tahun (sekolah rendah dan menengah) telah dipertandingkan.
SK Lahad Datu III telah menghantar penyertaan atlet memanah serami 4 orang yang diwakili oleh adik Nursat Noorham, Nur Qairen Khairunnisa, Nur Afiqah dan Afiq.
Dalam kejohanan tersebut peserta memanah SK Lahad Datu III telah berjaya mendapat 7 pingat perak dan 12 pingat gangsa dalam aacara mix team U12, Team Girls U12, Team Boys U12, dan acara individu.
Sementara itu Nursat Noorham dan Nur Qaireen Kharunnisa telah dipilih unntuk mewakili daerah ke peringkat negeri yang akan diadakan di lokasi yang sama.
Adalah diharapkan dengan adanya penyertaan seuampama ini mampu menjayakan Dasar 1Murid 1Sukan bagi melahirkan pelajar yang aktif bersukan sejajar dengan anjakan 9, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Sukantara merupakan satu aktiviti yang dijalankan sebelum acara padang dan balapan sekolah dijalankan. Sukantara Peringkat SK Lahad Datu III Tahun 2023 telah dilaksanakan dekat sini hari ini. Sukantara tersebut berlangsung selama dua hari bermula 28 Jun hingga 29 Jun 2023. Sukantara tersebut melibatkan murid-murid Tahap I dan Tahap II.
Adapun objektif utama sukantara tersebut dilaksanakan adalah bertujuan untuk melaksanakan aktiviti tahunan Unit Kokurikulum SK Lahad Datu III yang telah dirancang dan disusun dalam kalender tahunan sesi persekolahan 2023 / 2024. Di samping itu juga sukantara yang dijalankan adalah untuk mencari bakat-bakat baru dalam sukan olahraga terutamanya dalam acara padang dan balapan. Ianya juga merupakan persiapan awal rumah-rumah sukan sekolah untuk bertanding di Kejohanan Sukan Tahunan sekolah yang dijangka akan diadakan pada 17 dan 18 Julai 2023 nanti.
Adalah diharapkan penglibatan murid-murid dalam sukantara kali ini mampu memberikan peluang kepada murid-murid untuk menyumbangkan mata atau markah kepada rumah sukan masing-masing. Justru diharapkan juga sukantara yang dijalankan mampu dijadikan salah satu medan pemilihan atlet bagi rumah-rumah sukan yang bakal bertanding nanti.
Sebahagian Para Peserta Sukantara
KEJOHANAN PING PONG
MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH LAHAD DATU 2023
15 – 16 JUN 2023 | DEWAN CHEE YEE KHOR , LAHAD DATU
Kejohanan Ping Pong MSSDLD Tahun 2023 telah berlangsung di Dewan Chee Yee Khor, Lahad Datu selama dua hari bermula pada 15 Jun 2023. SK Lahad Datu III telah menghantar satu pasukan ping pong dalam kejohanan tersebut.
Penyertaan SK Lahad Datu III di kejohanan kali ini merupakan penyertaan julung-julung kalinya disertai. Penyertaan pasukan ping pong sekolah kali ini adalahadalah uasaha yang dibuat bagi membentuk satu pasukan oleh Kelab Ping Pong SK Lahad Datu III.
Ada pun objektif utama penyertaan di kejohanan tersebut adalah untuk mendedahkan pengalaman kepada murid-murid dalam sukan ping pong, khususnya di kejohanan yang dikelolakan di peringkat daerah.Selain daripada itu juga dengan adanya usaha seperti ini diharapkan bakat dan kebolehan murid-murid dalam sukan permianan ping pong dapat dicungkil, di samping bermatlamatkan pembangunan bakat di kalangan murid.
Di kejohanan Ping Pong MSSDLD Tahun 2023 kali ini , pasukan ping pong SK Lahad Datu III telah berjaya menduduki tempat ke-3 bagi kategori acara berpasukan lelaki bawah 12 Tahun.
Adalah diharapkan usaha-usaha seperti ini akan terus dikembangkan terutamanya bagi mencapai matlamat utama penubuhan Kelab Ping Pong di perigkat sekolah.
Pasukan Ping Pong SK Lahad Datu III
Menerima Medal Tempat Ke-3
Pengurus & Jurulatih Ping Pong Bersama Pemain
Sedutan Perlawanan [ Rakaman - Nursaibah K ] Sebahagian Daripada Perlawanan
KEJOHANAN BOLA BALING
MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH LAHAD DATU 2023
06 – 08 JUN 2023 | DEWAN SRI PERDANA, LAHAD DATU
Kejohanan Bola Baling Majlis Sukan Sekolah Daerah Lahad Datu Tahun 2023 telah dilansungkan selama 3 hari bermula 6 Jun hingga 8 Jun 2023 bertempat di Dewan Perdana Lahad Datu. Kejohanan tersebut mempertandingkan kategori bawah 12 tahun dan bawah 18 tahun (lelaki dan perempuan).
Sekolah Kebangsaan Lahad Datu III telah menghantar 1 pasukan bola baling kategori lelaki bawah 12 tahun. Dalam kejohanan tersebut SK Lahad Datu III telah menduduki tempat ke-2. Sementara itu SK Payang telah berjaya menjadi johan.
Antara objektif utama Kejohanan Bola Baling Majlis Sukan Sekolah Daerah Lahad Datu Tahun 2023 diadakan adalah untuk mencungkil bakat dan kemahiran murid dalam sukan bola baling. Di samping itu juga ianya merupakan pesediaan bagi membentuk pasukan bola jaring daerah untuk bertanding di peringkat negeri.
Majlis perasmian dan penutupan Kejohanan Bola Baling Majlis Sukan Sekolah Daerah Lahad Datu Tahun 2023 telah disempurakan oleh Dr. Haji Suharpi Bin Lasunddang, Tumbalan Pegawai Pendidikan Sektor Pengurusan Murid PPD Lahad Datu.
Pasukan Bola Baling SK Lahad Datu III
Pasukan SK Lahad Datu III VS Pasukan SK Payang, Lahad Datu
Pihak Pentadbir Dan Guru-Guru Yang Berkesempatan Memberikan Sokongan Moral
Cikgu Solehan (Jurulatih Bola Baling) Sedang Memberi taklimat kepada para pemain
Sedutan Perlawanan Akhir SK Lahad Datu III VS SK Payang
KEJOHANAN BOLA TAMPAR MSSDLD BAWAH 12 TAHUN
MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH LAHAD DATU 2023
19 – 21 JUN 2023 | DEWAN CHEE YEE KHOR , LAHAD DATU
Kejohanan Bola Tampar MSSDLD Bawah 12 tahun telah dijalankan selama 3 hari bermula pada 19 Jun 2023 hingga 21 Jun 2023. Kejohanan tersebut telah berlangsung di Gelanggang Kelab Sukan Darvel Bay dan telah dikelolakan oleh SK Batu 6 1/2 Segama, Lahad Datu.
Dalam kejohanan tersebut SK Lahad Datu III telah menghantar satu pasukan bola tampar kategori lelaki 12 tahun, di bawah pengurus dan jurulatih Cikgu Aizal Ratib. Kejohanan yang belangsung selama tiga hari tersebut telah disertai oleh sekolah-sekolah sekitar daerah dekat sini.
Ada pun objektif utama penyertaan dalam kejohanan terssebut adalah untuk mencungkil bakat di kalangan murid-murid SK lahad Datu III dalam sukan permainan bola tampar. Di samping itu juga ianya diharapkan mampu mendedahkan pengalaman kepada murid-murid SK Lahad Datu III dalam menyertai sesuatu kejohanan bola tampar di peringkat daerah.
Penyertaan dalam kejohanan tersebut juga merupakan sebahagian daripada aktiviti tahunan yang dirancang oleh sukan permainan 1Murid 1Sukan bola tampar dalam kalender aktiviti kokurikulum sekolah bagi tahun 2023.
Team Bola Tampar SK Lahad Datu III
sedang mendengar arahan daripada Cikgu Aizal & Ustaz Zaim
Pusingan Awal Perlawanan Bola Tampar MSSDLD Bawah 12 (L)
Pasukan SKLD III VS SK Fajar Harapan
Pasukan SKLD III VS SK Tanjung Paras Pasukan SK Lahad Datu III VS SK Tg.Labian
Kejohanan Bola Sepak Bawah 12 Tahun MSSDLD Kelolaan SK Lahad Datu III 2023
Tarikh : 13-15 Jun 2023
Masa : 7.30 - 5.00 Petang
Lokasi : Padang SK Lahad Datu III dan Padang SK Sepagaya Lahad Datu
SK Lahad Datu III telah dipertanggungjawabkan untuk mengelolakan Kejohanan Bola Sepak MSSDLD Bawah 12 Tahun dekat sini hari ini. Kejohanan tersebut telah berlangsung dari 13 Jun hingga 15 Jun 2023.
Seramai 16 buah sekolah rendah sekitar daerah Lahad Datu telah mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut. Dalam kejohanan bola sepak bawah 12 tahun kali ini, SK Lahad Datu III sebagai tuan rumah telah berjaya menjuari kejohanan , diikuti oleh SK Lahad Datu II sebagai naib juara dan tempat ke-3 pula disandang oleh SK Pekan Lahad Datu.
Antara objektif utama Kejohanan Bola Sepak MSSDLD bawah 12 tahun diadakan adalah untuk mencari bakat murid-murid untuk mewakili pasukan bola sepak bawah 12 tahun daerah ke kejohanan di peringkat negeri.
Dr. Rosdah Herawaty Hamid selaku guru besar SK Lahad Datu III merakam ucapan tahniah kepada pasukan yang telah berjaya mendapat tempat dalam kejohanan kali ini. Beliau juga memaklumkan penganjuran kali ini merupakan julung-julang kali dilaksanakan oleh pihak SK Lahad Datu III sebagai tuan rumah kejohanan.
Kejohanan Bola Sepak MSSDLD bawah 12 tahun 2023 telah dirasmikan oleh wakil PPD, En. Ridwan Dahlan selaku Penolong Pegawai Unit Pembangunan Bakat Murid.
Pasukan Bola Sepak Yang Layak Ke Peringkat Akhir
Dr. Rosdah Herawaty Hamid Guru Besar SK Lahad Datu III Menyampaikan
Cenderamata Kepada En.Ridwan Dahlan Penolong Pegawai PPDLD Unit Pembangunan Murid
Penjaring Terbanyak Kejohanan Pemain Terbaik Kejohanan
Sedutan Perlawanan Kejohanan Bola Sepak Bawah 12 Tahun 2023
Peringkat Akhir Bola Sepak Bawah 12 Tahun
Sedutan Perlawanan Pusingan Akhir & Separuh Akhir
(Johan) SK Lahad Datu III VS SK Lahad Datu II (Ke-3) SK Pekan Lahad Datu VS SK Sahabat II
Perlawanan Separuh Akhir Perlawanan Separuh Akhir
SK Lahad Datu III VS SK Sahabat II SK Lahad Datu III VS SK Sahabat II
KEJOHANAN CATUR PERINGKAT MSS DAERAH LAHAD DATU
TAHUN 2023
4 - 7 JUN | SM SAINS LAHAD DATU
~Photo by : Nurhasmi SKLDIII
Guru-Guru Pengiring Dan Team Catur SK Lahad Datu III
Suasana Pertandingan Catur
~Photo by : Anas SKLDIII
Team Catur Sekolah (Lelaki & Perempuan)
Menerima Sijil & Pingat Tempat Ke-3
Penglibatan Anjuran Luar Sukan Memanah
KEJOHANAN MEMANAH TERBUKA SABAH SIRI 2
PERSATUAN MEMANAH NEGERI SABAH (PMNS)
LAHAD DATU, 28 MEI - 1 JUN 2023 / PADANG SK SEPAGAYA LAHAD DATU
Kejohanan Memanah Terbuka Sabah Siri 2 yang dianjurkan oleh Persatuan Memanah Negeri Sabah (PMNS) telah berlangsung dekat sini .Kejohanan tersebut telah berlangsung dari 28 Mei 2023 hingga 1 Jun 2023.
SK Lahad Datu III telah menghantar satu pasukan memanah untuk menyertai kejohanan tersebut.Penyertaan ini merupakan satu usaha buat pertama kalinya untuk mendedahkan kepada murid-murid berkaiatan dengan sukan memanah. Pasukan memanah SK Lahad Datu III diwakili oleh adik Nur Qaireen Khairunnisa Asram dan adik Nursat.
Ada pun objektif utama penyertaan sekolah dalam kejohanan tersebut adalah untuk mencungkil bakat murid dalam sukan memanah.Di samping itu juga penyertaan ini dijadikan perangsang kepada murid-murid untuk menyertai sukan memanah. Pencapaian keseluruhan
sukan memanah SK Lahad Datu III memungut 2 pingat perak dan 1 pingat gansa.
Adalah diharapkan potensi sukan memanah di peringkat sekolah dapat dikembangkan di masa-masa mendatang.
Peserta Memanah SK Lahad Datu III Nur Qaireen & Adik Nursat (Di Kanan Gambar)
Informasi Pelaksanaan 1Murid 1Sukan Tahun 2022 SK Lahad Datu III
Sukan Sepak Takraw
Kejohanan Sepak Takraw Bawah 12 Tahun MSSS Negeri Sabah Tahun 2022
Tarikh : 1 hingga 3 Ogos 2022
Tempat : Dewan SK Pekan Pitas II , Pitas
Pencapaian : Ke-3 Bersama Peringkat Negeri Sabah
Kejohanan Sepak Takraw Bawah 12 Tahun MSSS Negeri Sabah Tahun 2022 telah berlangsung pada 1 hingga 3 Ogos 2022. MSSD Lahad telah menghantar satu pasukan ke peringkat negeri yang terdiri SK Lahad Datu III (3 orang pemain) dan SK Batu 6 1/2 Segama Lahad Datu (1 orang pemain).
Kejohanan tersebut telah berlangsung selama 3 hari, bertempat di Dewan SK Pekan Pitas II. Dalam kejohanan tersebut MSSD Lahad Datu telah berjaya hingga ke peringkat separuh akhir. Secara keseseluruhan pasukan MSSD Lahad Datu telah berjaya mendapat tempat ketiga (bersaama).
Penyertaan tersebut telah memberi pengalaman yang amat berguna bagi tujuan pembangunan sukan sepak takraw di peringkat sekolah amnya, khususnya di peringkat daerah. Diharapkan pihak sekolah akan dapat mencungkil lebih ramai lagi bakat dan kemahiran di kalangan murid untuk diketengahkan dalam sukan sepak takraw.
Team Sepak Takraw Bawah 12 Tahun MSSS Dearah Lahad Datu
[SK Lahad Datu III (3 Pemain) + SK Batu 6 1/2 Segama (1 Pemain)
Kejohanan Sepak Takraw MSSS Daerah Lahad Datu Tahun 2022
Tarikh : 20.Jun.2022
Masa : 8.00 Pagi - 5.00 Petang
Tempat : SMK Silabukan Lahad Datu
Pencapaian : Johan Sepak Takraw Bawah 12 Tahun Peringkat Daerah Lahad Datu
Kejohanan Sepak Takraw MSSS Daerah Lahad Datu Tahun 2022 telah berlangsung dekat sini hari ini. Kejohanan tersebut melibatkan penyertaan sekolah-sekolah rendah dan menengah daerah Lahad Datu.
SK Lahad Datu III telah menghantar dua pasukan untuk bertanding dalam kejohanan tersebut. Regu A SK Lahad Datu III telah menjadi johan kategori sekolah rendah dalam kejohanan tersebut. Kejayaan ini merupakan salah satu pencapaian yang diperolehi sebagai pembuka tirai bermulanya aktiviti sukan secara bersemuka bagi sesi persekolah tahun 2022 / 2023.
Pasukan Regu A SK Lahad Datu III akan mewakili daerah Lahad Datu di Kejohanan Sepak Takraw MSSS Peringkat Negeri Sabah yang akan diadakan pada awal bulan Ogos nanti.
Kejohanan Bola Sepak Bawah 12 Tahun MSSD Lahad Datu Tahun 2022
Tarikh : 9 - 21 Julai 2022
Tempat : Kolej Vokasional, Lahad Datu
Pencapaian : Penyertaan Peringkat Daerah
Kejohanan Bola Sepak MSS Daerah Lahad Datu Tahun 2022 telah berlangsung di Padang Utama Kolej Vokasional Lahad Datu . Kejohanan tersebut melibatkan penyertaan sekolah-sekolah rendah dan menengah sekitar daerah Lahad Datu.
SK Lahad Datu III telah menghantar dua pasukan iaitu Team A dan Team B untuk bertanding dalam kejohanan tersebut. Di samping untuk bertanding dalam kejohanan tersebut, pasukan bola sepak SK Lahad Datu III juga menghantar pasukan di kejohanan tersebut bagi tujuan pendedahan kepada murid-murid dalam meningkatkan kemahiran bola sepak. Ianya juga termasuk bagi memberi peluang seramai mungkin murid-murid untuk melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum.
Sebelum menyertai pertandingan tersebut, team bola sepak sekolah telah diberi latihan yang sewajarnya oleh guru-guru (jurulatih bola sepak sekolah) bagi persiapan sebelum kejohanan tersebut bermula.
Harapan pihak sekolah agar pasukan bola sepak SK Lahad Datu III ini akan terus mengorak langkah ke hadapan untuk mencipta kejayaan demi kejayaan di masa-masa mendatang. Di samping bagi melahirkan pemain-pemain bola sepak yang berbakat di kalangan murid-murid SK Lahad Datu III.
Kejohanan Bola Sepak Bawah 12 Tahun MSSS Negeri Sabah Tahun 2022
Tarikh : 6 - 8 Ogos 2022
Tempat : Daerah Beluran
Pencapaian : Penyertaan Peringkat Negeri
Cikgu Solehan dan 2 Orang Pemainan SK Lahad Datu III
Serta Team Bola Sepak MSS Daerah Lahad Datu
Tarikh : 14 - 15 September 2022
Acara : Liga Tunas Malaysia (Malaysia Little League -MiLL) 12TKB Lahad Datu
Tempat : Padang SK Lahad Datu II & Padang SK Sepagaya Lahad Datu
Pencapaian : Penyertaan Peringkat Daerah
Liga Tunas Malaysia ( Malaysia Little League- MiLL) 12 TKB peringkat Daerah Lahad Datu telah berlangsung dekat sini. Liga Tunas bola sepak 12 TKB tersebut telah diadakan selama 2 hari bermula 14 September. 2022.
Sebanyak 12 pasukan telah mengambil bahagian dalam liga tunas tersebut, antaranya SK Pekan Lahad Datu, SK Sri Darun, SK Silam, SK Tanjung Labian, SK Sahabat 2, SK Fajar Harapan, SK Bikang, SK Lahad Datu II, SK Sepagaya, SK Lahad Datu III, SK ST.Dominic dan SK Unico Desa.
Pasukan bola sepak SK Lahad Datu III telah menghantar satu pasukan di kejohanan liga tersebut. Antara sasaran utama penyertaan di liga tersebut adalah untuk kemahiran murid-murid dalam permainan bola sepak. Di samping itu juga, ianya merupakan sebahagian daripada program pembangunan bakat murid dalam sukan bola sepak yang telah dirancang oleh Sukan & Permainan Bola Sepak di peringkat sekolah.
Semoga dengan usaha-usaha seumpama ini serta inisiatif yang dilakukan secara berterusan, sukan bola sepak SK Lahad Datu III akan mencapai kecemerlangan di suatu hari kelak.
Team Bola Sepak SK Lahad Datu III VS Team Bola Sepak SK Bikang
Sukan Bola Baling
Kejohanan Bola Baling MSSS Daerah Lahad Datu Tahun 2022
Tarikh : 21 - 23 Jun 2022
Masa : 8.00 Pagi - 5.00 Petang
Tempat : Dewan Perdana Lahad Datu
Pencapaian : Ke-3 Bawah 12 Tahun (L) Peringkat Daerah Lahad Datu
Catatan : Seorang pemainan mewakili MSS Daerah Mewakili Negeri
Kejohanan Bola Baling MSSS Daerah Lahad Datu Tahun 2022 telah berlangsung dekat sini hari ini. Kejohanan tersebut melibatkan penyertaan sekolah-sekolah rendah dan menengah daerah Lahad Datu.
SK Lahad Datu III telah menghantar satu pasukan untuk bertanding dalam kejohanan tersebut. Pasukan bola baling SK Lahad Datu III telah mendapat tempat ke-3 bagi kategori lelaki sekolah rendah dalam kejohanan tersebut. Kejayaan ini merupakan salah satu pencapaian dapat dibanggakan kerana penyertaan dalam kejohanan Bola Baling MSSS peringkat daerah Lahad Datu merupakan penyertaan yang julung-julung kalinya disertai oleh sekolah ini.
Serami dua orang pemain Bola Baling SKLahad Datu III telah dipilih untuk menyertai pasukan bola baling daerah Lahad Datu dalam Kejohanan Bola Baling MSSS Peringkat Negeri Sabah yang akan diadakan dalam bulan Ogos nanti.
Harapan pihak sekolah agar pasukan bola baling SK Lahad Datu III ini akan terus mengorak langkah ke hadapan untuk mencipta kejayaan demi kejayaan di masa-masa mendatang.
Sebahagian Daripada Perlawanan Yang Melibatkan Team Bola Baling SK Lahad Datu III
Kejohanan Bola Jaring MSSS Daerah Lahad Datu Tahun 2022
Tarikh :
Masa : 8.00 Pagi - 5.00 Petang
Tempat : Dewan SK Batu 6 1/2 Segama
Pencapaian : Penyertaan Peringkat Daerah
Sukan Bola Tampar
Kejohanan Bola Tampar Perempuan Bawah 12 Tahun MSSD Lahad Datu Tahun 2022
Tarikh : 20 - 21. Julai. 2022
Tempat : Gelanggang Kelab Teluk Darvel, Lahad Datu
Pencapaian : Penyertaan Peringkat Daerah
Kejohanan Bola Tampar Perempuan Bawah 12 Tahun peringkat Daerah Lahad Datu telah berlangsung selama 2 hari bermula 20 Julai hingga 21 Julai 2022. Kejohanan Bola Tampar Perempuan Bahawan 12 Tahun tersebut telah dilangsungkan di Dewan Kelab Darvel Lahad Datu. SK Batu 6 1/2 telah dipertanggungjawabkan untuk mengelola kejohanan tersebut.
SK Lahad Datu III telah menghantarn 1 pasukan bola tampar di kejohanan tersebut. Penyertaan tersebut merupakan pendedahan awal kepada murid-murid untuk menyertai pertandingan bola tampar di peringkat daerah. Penyertaan tersebut juga merupakan salah satu usaha sekolah untuk menengahkan kemahiran dan bakat murid dalam sukan bola tampar.
Penyertaan murid dalam kejohanan tersebut, telah memberi pengalaman yang amat berguna bagi tujuan pembangunan bola tampar di peringkat sekolah. Diharapkan penyertaan seumpama itu merupakan sebahagian daripada usaha pihak sekolah untuk membangunkan potensi dan keupayaan murid dalam sukan bola tampar.
Sukan Olahraga
Kejohanan Olahraga MSSDLD Tahun 2022
Tarikh : 4 - 8 Julai 2022
Tempat : Kompleks Sukan Lahad Datu
Pencapaian : Ke-3 Acara 100M Lelaki Bawah 12 Tahun
Kejohanan Olahraga MSSD Peringkat Daerah Lahad Datu Tahun 2022 telah berlangsung di Kompleks Sukan Lahad Datu. Kejohanan tersebut telah berlangsung selama 5 hari bermula 4 Julai 2022 di Kompleks Sukan Lahad Datu. Dalam kejohanan tersebut telah disertai oleh pasukan dari sekolah-sekolah rendah dan menengah sekitar daerah.
SK Lahad Datu III telah menghantar pasukan bagi menyertai beberapa acara 12TKB yang dipertandingkan. Antara acara olahraga yang disertai ialah acara 100M (L/P), 200M(L/P),80M Berpagar (L/P), Lontar Peluru (L/P), Lompat Tinggi (L/P) dan Lompat Jauh (L/P)
Pasukan Olahraga SK Lahad Datu III telah layak ke peringkat akhir dalam acara 100M , 200M, 80M Berpagar , Lontar Peluru , dan Lompat Tinggi . Namun demikian pasukan olahraga SK Lahad Datu III hanya mampu merai tempat ke-3 dalam acara 100M lelaki, yang disertai oleh adik Adry.
Walau bagaimanapun secara keseluruhannya pencapaian pasukan SK Lahad Datu III dikejohanan tersebut dapat dibanggakan kerana banyak acara yang disertai telah melayakkan diri hingga keperingkat akhir.Sementara pencapaian pingat di tempat ke-3 dalam acara 100M lelaki akhir oleh adik Hedrie Joiso merupakan pencapaian terbaik yang diperolehi dalam kejohanan sukan olahraga bagi tahun ini.
Diharapkan pasukan olahraga SK Lahad Datu III akan terus maju ke hadapan dalam membina keyakinan dan keupayaan dalam usaha membangunan kemahiran serta potensi diri dalam acara olahraga. Usaha yang lebih penting dan bermakna ialah memberikan peluang seluas-luasnya kepada murid-murid dalam menyertai sukan sama ada di peringkat sekolah hingga ke peringkat yang lebih tinggi lagi.
Adik Hedrie Bin Joiso Memperolehi Pingat Gangsa Acara 100M (Lelaki Akhir)
Comments
Post a Comment